Miyras, seorang kanak-kanak Syria berusia empat tahun.
Setelah perang berlaku dengan ganas di kawasan kediaman Miyras, dia dan keluarganya terpaksa berpindah ke Utara Syria. Di sana, mereka lima sekeluarga cuma berteduh dan tinggal di dalam khemah.
Kesan dari tragedi peperangan dan perpindahan mereka, Miyras sering berada dalam kesedihan. Keadaan kesihatan dan psikologinya merosot. Tekanan yang dihadapi anak kecil ini menyebabkan dia mengalami epilepsi (sawan) di otak, kekejangan di otot secara berterusan dan kadang-kala pengsan.
Lebih menyedihkan, ayah Miyras tidak mampu menanggung kos rawatan anaknya. Kecederaan parah ayahnya di kaki menyebabkan dia tidak dapat bekerja.
Bagi Miyras pula, keadaan kesihatan dan psikologinya semakin hari semakin teruk. Dalam masa yang sama, bapanya tidak dapat membantunya.
Peduli Insan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkan kos rawatan yang diperlukan buat Miyras. Ini bagi menyelamatkan nyawanya dan meringankan penderitaannya.
Jumlah kos rawatan yang diperlukan Miyras adalah RM7,150 sahaja.