Kes Kecemasan " Omar "

100%

Raised: RM26951

Goal: RM26950

cause

Anak Syria ini bernama Omar. Omurnya baru menginjak 8 tahun.


Omar tak mampu hidup seperti kanak-kanak lain seusianya. Dia dilahirkan dengan Scoliosis pada tulang belakangnya. Tulang belakangnya membengkok secara tidak normal. Ini menyebabkan Omar menanggung kesakitan sejak daripada dia dilahirkan lagi. 

 

Semakin bertambah usia Omar, semakin perit kesakitan yang dialaminya. Keadaan kesihatannya juga bertambah teruk.

 

Ketika ini, tulang belakang Umar membengkok dengan teruk. Dalam masa yang sama Omar juga mengalami masalah pernafasan. 

Keadaan Umar kini memerlukan dia menjalani pembedahan segera bagi menstabilkan serta mengembalikan tulang belakang Omar kepada keadaan normal.

 

Apa yang lebih menyedihkan, Omar dan keluarganya kini tinggal di saki baki runtuhan bangunan yang telah dirobohkan. Tanpa pintu, tanpa tingkap, apatah lagi kelengkapan rumah yang lain.

 

Rumah mereka telah hancur dibedil bom sejak bertahun lamanya. Namun keluarga Omar tak punya wang untuk membaiki semula rumah itu.

cause

Keluarga Omar sangat miskin. Ayahnya hampir saja tak mampu menyediakan makanan buat anak-anaknya setiap hari. Kerisauan seorang bapa itu bertambah apabila memikirkan keadaan kesihatan anaknya yang semakin membimbangkan.


Peduli Insan berusaha melakukan yang terbaik bagi mencari dana rawatan serta pembedahan segera buat Omar. 

 

Kos rawatan yang diperlukan adalah sebanyak RM26,950

cause

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah membantu hamba-Nya selagi mana hamba-Nya itu membantu saudaranya.”

 

 Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:
BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Kes Omar 


Ayuh sama-sama kita bantu ringankan beban penderitaan Omar serta keluarganya.


Untuk maklumat lanjut berkaitan kes ini, sila hubungi kami melalui kes@peduliinsan.org

Donation Details

RM

Set Up Automatic Recurring Donations

Monthly

Infaqpay

Register for automatic monthly donations securely through our payment partner, InfaqPay Sdn. Bhd. by clicking the button below

Infaqpay

Note: This donation supports Pertubuhan Peduli Insan Malaysia's humanitarian projects.

Logos and brand names are the property of their respective owners and are used solely to identify supported services and integrations.

Whatsapp
Peduliinsan logo

© 2026 Peduli Insan. All rights reserved. Privacy Policy