HANIN KAN’AN

100%

Jumlah Semasa: RM3000

Sasaran: RM3000

orphan

Hanin merupakan anak yatim perempuan Syria yang baru berusia 4 tahun.


Hanin tinggal di sebuah khemah yang usang di Utara Syria bersama ibu dan adik lelakinya.

 

Hanin kehilangan bapanya dua tahun lalu kerana terkena tembakan rambang semasa pulang ke rumahnya di bandar Aleppo.

orphan

Kerana bimbang terhadap keselamatan anak-anak, ibunya berhijrah membawa mereka ke kem pelarian di Utara Syria. Kata ibunya: “Senyuman anak-anak membuatkan saya terlupa keperitan kehilangan tempat tinggal dan kematian suami yang selama ini menanggung hidup saya."


Namun riak wajah Hanin dan adiknya tidak selalunya ceria kerana mereka tidur dan bangun dalam keadaan lapar. Kadang-kadang ibunya tidak menemui makanan walau sekeping roti kering untuk diberikan kepada mereka.


Sejak lahir, Hanin tidak melihat apa-apa selain peperangan dan perpindahan. Knak-kanak lain yang sebaya Hanin hidup ceria bersama keluarga, namun Hanin hidup dalam keadaan sengsara dan kelaparan.

orphan

Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku dan orang yang menguruskan anak yatim berada di dalam syurga seperti ini,” lalu baginda mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya serta menjarakkan antara keduanya . 
H.R Muslim

Donation Details

RM
Daftar dan mula menaja melalui pautan di bawah:

Senangpay.my

Nota: *Projek tajaan anak yatim ini adalah untuk tempoh setahun. Pembayaran perlu dibuat secara bulanan.

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

© 2026 Peduli Insan. All rights reserved. Privacy Policy